Carian

Skim Bantuan Negeri

Bantuan ini telah dipecahkan kepada 9 jenis bantuan iaitu:-

1. Bantuan Am (BA)

Bertujuan membantu keluarga, individu atau kumpulan kumpulan masyarakat yang Kurang bernasib baik bagi meringankan kesulitan kewangan mereka dengan segera untuk sesuatu tempoh sementara dan juga cuba mengembangkan keupayaan bagi kes yang berpontesi sehingga mampu untuk berdikari.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 350.00 sebulan

KADAR BANTUAN
Bantuan Minima :- RM 50.00
Bantuan Maksima :- RM 150.00

2. Bantuan Pelajar Miskin

Bertujuan untuk membantu keluarga miskin yang mempunyai tanggungan persekolahan anak yang besar bagi meringankan sedikit keperluan perbelanjaan persekolahan mereka. Secara tidak langsung bantuan ini dapat mengurangkan kadar keciciran yang berlaku.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Pendapatan keluarga di bawah RM 350.00 sebulan.
Keutamaan kepada keluarga mempunyai 3 anak dan lebih.
Hanya dua jenis bantuan boleh diluluskan kepada seorang murid.

KADAR BANTUAN
Pelbagai jenis bantuan seperti yuran peperiksaan, tambang bas, pakaian seragam dan lain – lain mengikut kadar yang ditetapkan.
Bantuan dibayar sekaligus

3. Bantuan Bina / Baiki Rumah

Bertujuan membantu sesebuah keluarga yang sedang menerima bantuan jabatan atau orang – orang miskin bagi membaiki atau membina semula rumah kediaman yang rosak atau buruk.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Penerima bantuan bulanan Jabatan dan keluarga miskin yang berpendapatan RM 350.00 ke bawah.

KADAR BANTUAN
Membina tidak melebihi RM 2000.00 sekaligus.
Membaiki tidak melebihi RM 1000.00 sekaligus.

4. Geran Pelancaran

Bertujuan memberi peluang kepada penerima bantuan bulanan JKM, balu, bekas banduan, bekas pelatih institusi JKM yang berpontensi sebagai bantuan modal menjalankan sesuatu projek jayadiri sebagai sumber pendapatan atau mata pencarian bagi membawa mereka ke arah berdikari.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Penerima bantuan bulanan JKM.
Balu, bekas banduan dan bekas orang tahanan berpendapatan RM 350.00 Ke bawah.
Bekas pelatih Institusi JKM yang sedang menjalani seliaan lanjutan.

KADAR BANTUAN
Projek individu Maksima RM 3000.00 sekaligus

5. Bantuan Alat Tiruan / Otopedik

Bertujuan untuk membantu orang – orang kurang upaya ( OKU ) yang memerlukan sokongan dan bantuan alat tiruan bagi membantu pegerakan, aktiviti, pendegaran, penglihatan, atau keupayaan mereka untuk menjadi produktif dan berdaya saing dan seterusnya dapat hidup berdikari bersama rakyat.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia
Berpendapatan di bawah RM 720.00

KADAR BANTUAN
Bantuan mengikut harga peralatan

6. Bantuan Bencana Alam / Malapetaka

Bertujuan untuk membantu mangsa yang terlibat dalam sesuatu kejadian bencana alam yang mungkin menyebabkan individu atau keluarga mengalami kehilangan tempat tinggal atau sumber pendapatan.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Mangsa yang berpendapatan di bawah RM 750.00

KADAR BANTUAN
Pelbagai jenis bantuan mengikut kadar yang ditetapkan.
Maksimum bantuan bagi sesebuah keluarga tidak melebihi RM 3,000.00

7. Bantuan Cermin Mata

Bertujuan untuk membantu murid–murid sekolah, anak–anak klien, orang–orang dewasa dan orang-orang tua yang mengalami masalah penglihatan dan memerlukan cermin mata dan tidak berkemampuan untuk mendapatkannya.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM 350.00 sebulan.

KADAR BANTUAN

Murid sekolah RM 30.00 sekaligus
Orang dewasa RM 60.00 sekaligus

8. Bantuan Latihan Sambil Belajar

Bertujuan untuk membantu anak–anak klien, belia dan beliawanis yang terdiri dari latar belakang keluarga miskin yang tercicir dan menganggur. Kumpulan ini digalakkan menyertai program dengan menempatkan mereka di tempat – tempat latihan yang sesuai.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Mereka dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM 350.00 sebulan.
Kes–kes akhlak di bawah cubaan akhlak / seliaan lanjutan.

KADAR BANTUAN
Elaun bantuan maksima RM 200.00 sebulan.
Tempoh latihan tidak melebihi 2 tahun.

9. Bantuan NGO

Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela memperbaiki dan memperluaskan kegiatannya.
Membantu dan mengalakkan Pertubuhan Kebajikan Sukarela mengwujudkan aktiviti baru dan perkhidmatan yang lebih berkesan.
Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela membiayai perbelanjaan pentadbirannya