Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bagi individu, kelompok dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah sosial dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan faktor utama menjadi pegangan setiap lapisan pekerja, sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang berhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.
Justeru itu setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran kerja yang unggul serta bersikap positif terhadap tugas dan kewajipannya.
Kod Etika ini adalah piawaian yang harus diamalkan untuk menjamin perkhidmatan kemasyarakatan yang berkesandan berkualiti serta disampaikan oleh pekerja yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap kewajipannya.
IKRAR
"Bahawa kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan sesunggguhnya berikrar bahawa kami akan berkhidmat dengan cekap, jujur dan amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dengan penuh taat setia kepada organisasi kemi berlandaskan budaya kerja cemerlang"
KOD ETIKA
- Semua pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat mengamalkan etika berikut;
- Menghormati Pelanggan Jabatan sebagai seorang manusia tanpa mengira kedudukan, keturunan dan agama.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua Pelanggan Jabatan.
- Mengutamakan kepentingan Pelanggan Jabatan dalam usaha mencapai objektif Jabatan.
- Menentukan kerahsiaan Pelanggan Jabatan agar tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan.
- Sentiasa sedar tentang hak mutlak Pelanggan Jabatan dalam menentukan keperluannya.
- Tidak boleh menggunakan kekerasan atau keganasan dalam apa bentuk atau situasi sekalipun terhadap pelanggan.
- Bersopan santun dan berbudi bahasa setiap masa terhadap Pelanggan Jabatan.
- Patuh kepada arahan dan melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
- Menghormati nilai dan sikap, pengetahuan dan kemahiran rakan sekerja menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan peribadi orang lain.
- Harus sentiasa membantu dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk kepentingan Pelanggan Jabatan dan perkhidmatan.
- Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
- Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
- Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
- Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
- Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
- Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.
No comments:
Post a Comment