Carian


SALAM SEJAHTERA DAN SALAM KEBAJIKAN                   

 Selamat datang ke Laman Web Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak

Saya dan seluruh warga kerja PKMD Hulu Perak melahirkan rasa syukur kerana laman web ini dapat juga dibangunkan dengan jayanya.  Kejayaan ini selaras dengan matlamat PKMD Hulu Perak yang ingin dicapai melalui penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas dan maju di era ini.

Maka dengan tujuan itulah, laman web ini diwujudkan agar ramai boleh berkomunikasi secara mudah, pantas dan tepat serta mendapat perkhidmatan yang lebih efektif daripada PKMD Hulu Perak. Dengan ini diharap juga orang ramai akan mengenali PKMD Hulu Perak dengan lebih dekat dan mesra.

Semoga segala maklumat dan ilmu yang kami sebarkan akan memberi manfaat kepada semua golongan seterusnya diaplikasikan secara bijaksana khususnya oleh pelanggan-pelanggan kami.

Sehubungan itu, orang ramai juga boleh berkongsi pandangan, teguran serta memberi maklumbalas mahupun sebarang pertanyaan melalui e-mel bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan daripada kami dan membantu merealisasikan harapan anda.

Dengan ini, saya bagi pihak PKMD Hulu Perak mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi laman web kami.  Segala kekurangan amatlah dikesali.

“BERKAT BERJASA”

Sekian.

KAMIZAR A/P BAH KAJANG
Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah Hulu Perak

No comments: