Carian

Perkhidmatan Taska & Pusat Jagaan

TAMAN ASUHAN KANAK – KANAK ( TASKA )

Taska Adalah Premis di mana 4 atau lebih kanak – kanak di bawah umur 4 tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk di jaga dengan upah.

TASKA dapat dibahagikan kepada 4 kategori :-
  1. TASKA di Institusi - mempunyai lebih dari 10 orang kanak – kanak di satu premis dengan upah.
  2. TASKA di Rumah. - mempunyai kurang dari 9 orang kanak – kanak di rumah kediaman sendiri dengan upah.
  3. TASKA Komuniti. - merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima masuk 10 orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan / kerajaan Negeri
  4. TASKA di Tempat Kerja. - merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja yang menerima masuk 10 orang atau lebih kanak-kanak.      
 Fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat 
  •  Memproses dan Meluluskan Permohonan Pendaftaran Baru atau Semula.
  • Menyiasat Aduan Yang diterima Mengenai Perjalanan / Kecuaian TASKA.
  • Pengasuh Diberi Latihan.
  • Memantau Perjalanan TASKA Seperti Pengasuh Mengikut Nisbah Kanak-Kanak dan Juga Penyediaan Menu.
  • Bimbing Penyelia / Pengusaha Tentang Taska.   

 PUSAT JAGAAN

Mana-mana premis yang di terima masuk 4 orang atau lebih sama ada untuk upah atau selainnya.

Pusat Jagaan Kediaman 
Mana-mana premis terima masuk 4 orang atau lebih sebagai penghuni di dalamnya sama ada untuk upah atau sebaliknya. 

Pusat Jagaan Harian
Mana-mana premis yang terima 4 orang atau lebih diterima untuk jaga berterusan untuk lebih dari 3 jam dan sekurang-kurangnya 3 hari seminggu sama ada untuk upah atau selainnya. 

FUNGSI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 
  • Memproses dan meluluskan permohonan pendaftaran baru atau semula
  • Menyiasat aduan yang di terima mengenai perjalanan / kecuaian Pusat Jagaan.
  • Pengusaha jalani latihan.
  • Memantau perjalanan Pusat Jagaan.
  • Bimbingan penyelia / pengusaha tentang pengurusan Pusat Jagaan.     
 

No comments: