Carian

Perkhidmatan Komuniti

OBJEKTIF

Perkhidmatan Perundingan dan Khidmat Masyarakat menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti dan pemulihan dalam komuniti melalui peningkatan penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, para sukarelawan dan komuniti tempatan melalui usaha Jabatan mewujudkan perkongsian bijak ke arah memenuhi agenda sosial negara di mana kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Di samping itu, bahagian ini mengendalikan urusan pemberian geran serta mengawal kutipan derma yang dikendalikan oleh NGO Kebajikan.

PERKHIDMATAN
  • 1 - Pembangunan Komuniti
      Projek Penyertaan Komuniti

      Projek diwujudkan pada tahun 1983 untuk memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif. Projek yang dilaksanakan merangkumi aktiviti ekonomi, latihan kemahiran, pendidikan sosial, pendidikan kerohanian dan khidmat masyarakat seperti :
       
      • Tenunan Songket
      • Kelas Jahitan
      • Kelas Bimbingan
      • Kelas Fardhu Ain
      • Taska
      • Kursus Keusahawanan
      • Kepimpinan
        Tujuan
       
      • Menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.
      • Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.
      • Memaksimakan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.
      • Program Briged Kebajikan Perdana
      • Pemulihan Dalam Komuniti
      • Rumah Kelompok
      • Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris
  • 2 - Pembangunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
      -
      Khidmat Nasihat
      -
      Bantuan Kewangan/geran
      -
      Kutipan Derma
      -
      Perkongsian Bijak
      - Penglibatan NGOs
      Penglibatan NGOs dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. Jabatan memberi geran tahunan dan sokongan serta khidmat nasihat Jawatankuasa Pentadbir pertubuhan dan ahli melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.
      -
      Rumah Perlindungan Sosial
  • 3 - Penggalakan penyertaan Korporat
      Objektif utama adalah untuk mengerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber pengurusan dan pengeluaran baik dari segi keperluan kewangan mahupun material, guna tenaga dan kepakaran sektor korporat.
      Menerusi kaedah ini ianya dapat merealisasikan konsep Perkongsian Bijak dalam kerja kebajikan dan memanfaatkan kumpulan sasar dengan lebih berkesan.
      Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-
      sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.
      perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program.

No comments: