Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA
Terdapat 6 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:
PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA
A.Perkhidmatan di Luar Institusi
Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Objektif Pendaftaran
- Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.
- Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.
- Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.
Syarat-syarat Pendaftaran
- Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
- Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan
- Menggunakan borang yang betul
- Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin
- Memiliki nombor pendaftaran Orang Kurang Upaya
Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (Assisstive Devices)
Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeli peralatan tiruan / sokongan seperti kerusi beroda, kelipar, anggota tiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lain peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya. Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Keperluan pengguna alat atas pengesahan dan sokonagn Pegawai perubatan / Doktor
- Ketidakmampuannya membeli
- Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)
Geran Pelancaran
Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini sebab ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri.Had maksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00.
Kelayakan:
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Orang Kurang Upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian.
- Orang Kurang Upaya mempunyai minat dalam keusahawanan.
- Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan.
Elaun Pekerja Cacat
Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas.
Sebagai elaun insentif / perangsang bagi menggalakkan seseorang kurang upaya berminat bekerja dan berdikari.
Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.
Kelayakan:
Pekerja orang kurang upaya termasuk yang berkerja secara sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak menerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya syarat berikut dipenuhi:-
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya;
- Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 750.00 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
- Berumur 16 tahun ke atas;
- Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.
B.Perkhidmatan Institusi
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi
Pusat ini ditubuhkan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan. Kemasukan adalah terhad kepada kategori kurang upaya yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
a) Kursus Vokasional
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota;
- Pemohon perlu memiliki kelulusan minimum Sijil Rendah Pelajaran / Peperiksaan Menengah Rendah atau memiliki kemahiran asas;
- Berumur 18 hingga 40 tahun;
- Boleh berlatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri; dan
- Tidak mempunyai rekod masalah disiplin / jenayah.
a)Kursus Vokasional - Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK), Rekaan Fesyen dan Jahitan (MLVK), Elektrikal (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik dan Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda.
b)Kursus Pra-Vokasional
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota;
- Pemohon tidak memerlukan kelulusan akademik;
- Berumur 14 hingga 25 tahun;
- Boleh mengurus diri dan boleh mendapat manfaat dari latihan;
- Boleh membaca, menulisa dan mengira; dan
- Tidak mempunyai rekod masalah disiplin / jenayah.
Taman Sinar Harapan (TSH)
Istitusi ini memberi pilihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:
Kelas akademik asas,
- Latihan pra-vokasional (jahitan, tukang kayu dan kraftangan), urusan rumah tangga, pertanian / berkebun bunga dan dobi.
- Latihan pemulihan seperti pemulihan hidup harian, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota dan terapi muzik.
- Pendidikan agama dan moral.
- Sukan dan rekreasi.
- Aktiviti luar (lawatan, berkelah,gotong-royong dsb).
Kelayakan :
Setiap institusi Taman Sinar Harapan boleh menerima masuk semua jenis kes orang kurang upaya masalah pembelajaran yang terdiri daripada jenis terencat akal, autisme dan down's syndrome tanpa mengambil kira klasifikasi umur, jantina (kecuali TSH Jubil dan TSH Tampoi) dan tahap kecacatan dari negeri-negeri yang berdekatan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat pilihan memasukkan anak mereka ke mana-mana institusi atau tidak mengikut zon yang ditetapkan atas alasan tertentu. Jabatan juga boleh menggunakan budibicara untuk menempatkan pelatih ke mana-mana Taman Sinar Harapan.
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa / keluarga / penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Program ini bukan sahaja "cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. Selain itu, ibu bapa / keluarga/ penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
Penempatan Kerja
Jabatan juga berusaha mendapatkan orang kurang upaya berkerja di Bengkel Terlindung (sheltered workshop) seperti Bengkel Daya Klang, Selangor Bengkel dan Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Objektif penubuhan Bengkel Terlindung ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka dan pada masa yang sama melatih mereka berdikari supaya OKU juga mampu diintegrasikan ke dalam masyarakat.
Syarat-syarat Kemasukan:
- OKU anggota / akal yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.
- Telah mendapat latihan dari Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Setempat.
- Sihat tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri.
- Berusia 18 hingga 45 tahun.
- Terlatih dalam bidang-bidang yang dipohon.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Bengkel Daya seperti:
- Khidmat jahitan
- Khidmat percetakan
- Perkhidmatan Am (unit ini menjalankan kerja-kerja ringan sub-kontrak dari kilang-kilang yang berhampiran, contohnya pemasangan komponen produk-produk yang berasaskan plastik, getah, aloi dan sebagainya).
- Khidmat kraftangan dan lain-lain
No comments:
Post a Comment