Carian

Skim Bantuan Negeri

Bantuan ini telah dipecahkan kepada 9 jenis bantuan iaitu:-

1. Bantuan Am (BA)

Bertujuan membantu keluarga, individu atau kumpulan kumpulan masyarakat yang Kurang bernasib baik bagi meringankan kesulitan kewangan mereka dengan segera untuk sesuatu tempoh sementara dan juga cuba mengembangkan keupayaan bagi kes yang berpontesi sehingga mampu untuk berdikari.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 350.00 sebulan

KADAR BANTUAN
Bantuan Minima :- RM 50.00
Bantuan Maksima :- RM 150.00

2. Bantuan Pelajar Miskin

Bertujuan untuk membantu keluarga miskin yang mempunyai tanggungan persekolahan anak yang besar bagi meringankan sedikit keperluan perbelanjaan persekolahan mereka. Secara tidak langsung bantuan ini dapat mengurangkan kadar keciciran yang berlaku.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Pendapatan keluarga di bawah RM 350.00 sebulan.
Keutamaan kepada keluarga mempunyai 3 anak dan lebih.
Hanya dua jenis bantuan boleh diluluskan kepada seorang murid.

KADAR BANTUAN
Pelbagai jenis bantuan seperti yuran peperiksaan, tambang bas, pakaian seragam dan lain – lain mengikut kadar yang ditetapkan.
Bantuan dibayar sekaligus

3. Bantuan Bina / Baiki Rumah

Bertujuan membantu sesebuah keluarga yang sedang menerima bantuan jabatan atau orang – orang miskin bagi membaiki atau membina semula rumah kediaman yang rosak atau buruk.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Penerima bantuan bulanan Jabatan dan keluarga miskin yang berpendapatan RM 350.00 ke bawah.

KADAR BANTUAN
Membina tidak melebihi RM 2000.00 sekaligus.
Membaiki tidak melebihi RM 1000.00 sekaligus.

4. Geran Pelancaran

Bertujuan memberi peluang kepada penerima bantuan bulanan JKM, balu, bekas banduan, bekas pelatih institusi JKM yang berpontensi sebagai bantuan modal menjalankan sesuatu projek jayadiri sebagai sumber pendapatan atau mata pencarian bagi membawa mereka ke arah berdikari.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Penerima bantuan bulanan JKM.
Balu, bekas banduan dan bekas orang tahanan berpendapatan RM 350.00 Ke bawah.
Bekas pelatih Institusi JKM yang sedang menjalani seliaan lanjutan.

KADAR BANTUAN
Projek individu Maksima RM 3000.00 sekaligus

5. Bantuan Alat Tiruan / Otopedik

Bertujuan untuk membantu orang – orang kurang upaya ( OKU ) yang memerlukan sokongan dan bantuan alat tiruan bagi membantu pegerakan, aktiviti, pendegaran, penglihatan, atau keupayaan mereka untuk menjadi produktif dan berdaya saing dan seterusnya dapat hidup berdikari bersama rakyat.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia
Berpendapatan di bawah RM 720.00

KADAR BANTUAN
Bantuan mengikut harga peralatan

6. Bantuan Bencana Alam / Malapetaka

Bertujuan untuk membantu mangsa yang terlibat dalam sesuatu kejadian bencana alam yang mungkin menyebabkan individu atau keluarga mengalami kehilangan tempat tinggal atau sumber pendapatan.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Mangsa yang berpendapatan di bawah RM 750.00

KADAR BANTUAN
Pelbagai jenis bantuan mengikut kadar yang ditetapkan.
Maksimum bantuan bagi sesebuah keluarga tidak melebihi RM 3,000.00

7. Bantuan Cermin Mata

Bertujuan untuk membantu murid–murid sekolah, anak–anak klien, orang–orang dewasa dan orang-orang tua yang mengalami masalah penglihatan dan memerlukan cermin mata dan tidak berkemampuan untuk mendapatkannya.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM 350.00 sebulan.

KADAR BANTUAN

Murid sekolah RM 30.00 sekaligus
Orang dewasa RM 60.00 sekaligus

8. Bantuan Latihan Sambil Belajar

Bertujuan untuk membantu anak–anak klien, belia dan beliawanis yang terdiri dari latar belakang keluarga miskin yang tercicir dan menganggur. Kumpulan ini digalakkan menyertai program dengan menempatkan mereka di tempat – tempat latihan yang sesuai.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Mereka dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM 350.00 sebulan.
Kes–kes akhlak di bawah cubaan akhlak / seliaan lanjutan.

KADAR BANTUAN
Elaun bantuan maksima RM 200.00 sebulan.
Tempoh latihan tidak melebihi 2 tahun.

9. Bantuan NGO

Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela memperbaiki dan memperluaskan kegiatannya.
Membantu dan mengalakkan Pertubuhan Kebajikan Sukarela mengwujudkan aktiviti baru dan perkhidmatan yang lebih berkesan.
Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela membiayai perbelanjaan pentadbirannya

Skim Bantuan Kewangan Persekutuan

Bantuan Persekutuan  di kategorikan kepada 7 jenis bantuan iaitu:-

1. Bantuan Orang Tua ( BOT )

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Berusia 60 tahun ke atas.
Daif dan Miskin
Tiada Punca Pendapatan.
Tiada Mempunyai Waris / Sebatang Kara.

KADAR BANTUAN 
RM 300.00 seorang / sebulan.

2. Bantuan Kanak - Kanak (BKK)

SYARAT – SYARAT

Kanak–kanak yatim / yatim piatu
Kanak–kanak yang mempunyai ibu / bapa / penjaga yang tidak berkemampuan, putus pencarian sementara, uzur kerana kerana cacat atau berpenyakit
Kanak – kanak yang yang terpaksa ditinggalkan oleh ibubapa yang menerima rawatan perubatan
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 720.00 sebulan.

KADAR BANTUAN
RM 100.00 seorang kanak–kanak atau maksima RM 450.00 sebulan.

3. Elaun Pekerja Cacat ( EPC )

SYARAT - SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Bekerja dengan berpendapatan di bawah RM 1,200.00 sebulan.

KADAR BANTUAN
RM 300.00 seorang / sebulan.

4. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Membantu kanak–kanak yang tinggal bersama keluarga ganti khususnya untuk membiayai perbelanjaan makan, minum, pakaian dan persekolahan.

SYARAT - SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
Kanak–kanak yang tinggal bersama keluarga ganti yang tidak mempunyai pertalian persaudaraan sama ada dari sebelah ayah atau ibu.

KADAR BANTUAN
RM 250.00 seorang kanak–kanak, tidak melebihi RM 500.00 sebulan.

5. Geran Pelancaran

SYARAT – SYARAT
Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Balu, bekas banduan, bekas orang tahanan yang berpendapatan di bawah RM 720.00 sebulan
Kes akhlak yang telah tamat pemulihan dan di bawah seliaan.
           
KADAR BANTUAN

Maksima RM 2,700.00 sekaligus

6. Bantuan Alat Tiruan / Otopedik

Bertujuan untuk membantu orang–orang kurang upaya yang memerlukan sokongan dan bantuan alat tiruan bagi membantu pergerakan, aktiviti, pendengaran, penglihatan atau keupayaan mereka untuk menjadi produktif dan berdaya saing dan seterusnya dapat hidup berdikari bersama rakyat.

SYARAT – SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Berpendapatan di bawah RM 720.00

KADAR BANTUAN
Bantuan mengikut harga peralatan

7. Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik  Terlantar (BPT)

SYARAT–SYARAT

Warganegara
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
Daif, miskin dan tiada pendapatan
Memerlukan penjagaan sepenuh masa
Memerlukan perbelanjaan perubatan dan peralatan
Terlantar dan perlu sokonganJika perlu ada pengesahan Pegawai Perubatan bertauliah

KADAR BANTUAN
RM 300.00 seorang / sebulan

8. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

SYARAT–SYARAT

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Pendapatan individu tidak melebihi RM 720.00 sebulan (Pencen Ilat / bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insuran dan lain-lain)
Berdaftar dengan JKM
Berumur 18 - 59 tahun
Bukan penerima Skim Bantuan JKM
Bukan peserta program PDK dan Program Pemulihan kelolaan Agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan

KADAR BANTUAN
RM 150.00 seorang / sebulan

9. Bantuan NGOs

Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela memperbaiki dan memperluaskan kegiatannya
Membantu dan menggalakkan Pertubuhan Kebajikan Sukarela mewujudkan aktiviti baru dan perkhidmatan yang lebih berkesan.
Membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela membiayai perbelanjaan pentadbirannya dan pengurusan.

Perkhidmatan Taska & Pusat Jagaan

TAMAN ASUHAN KANAK – KANAK ( TASKA )

Taska Adalah Premis di mana 4 atau lebih kanak – kanak di bawah umur 4 tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk di jaga dengan upah.

TASKA dapat dibahagikan kepada 4 kategori :-
  1. TASKA di Institusi - mempunyai lebih dari 10 orang kanak – kanak di satu premis dengan upah.
  2. TASKA di Rumah. - mempunyai kurang dari 9 orang kanak – kanak di rumah kediaman sendiri dengan upah.
  3. TASKA Komuniti. - merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima masuk 10 orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan / kerajaan Negeri
  4. TASKA di Tempat Kerja. - merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja yang menerima masuk 10 orang atau lebih kanak-kanak.      
 Fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat 
  •  Memproses dan Meluluskan Permohonan Pendaftaran Baru atau Semula.
  • Menyiasat Aduan Yang diterima Mengenai Perjalanan / Kecuaian TASKA.
  • Pengasuh Diberi Latihan.
  • Memantau Perjalanan TASKA Seperti Pengasuh Mengikut Nisbah Kanak-Kanak dan Juga Penyediaan Menu.
  • Bimbing Penyelia / Pengusaha Tentang Taska.   

 PUSAT JAGAAN

Mana-mana premis yang di terima masuk 4 orang atau lebih sama ada untuk upah atau selainnya.

Pusat Jagaan Kediaman 
Mana-mana premis terima masuk 4 orang atau lebih sebagai penghuni di dalamnya sama ada untuk upah atau sebaliknya. 

Pusat Jagaan Harian
Mana-mana premis yang terima 4 orang atau lebih diterima untuk jaga berterusan untuk lebih dari 3 jam dan sekurang-kurangnya 3 hari seminggu sama ada untuk upah atau selainnya. 

FUNGSI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 
  • Memproses dan meluluskan permohonan pendaftaran baru atau semula
  • Menyiasat aduan yang di terima mengenai perjalanan / kecuaian Pusat Jagaan.
  • Pengusaha jalani latihan.
  • Memantau perjalanan Pusat Jagaan.
  • Bimbingan penyelia / pengusaha tentang pengurusan Pusat Jagaan.     
 

Perkhidmatan Kaunseling

Unit Kaunseling & Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2002 di bawah Akta Kaunselor 1998. Pada peringkat Permulaan Unit Kaunseling Diterajui oleh Kaunselor ( S41 ) di setiap Negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak ( JKMN ) mempunyai 3 orang Kaunselor S41 yang di tempatkan di Ibu Pejabat JKMN. Ketiga-tiga Kaunselor ini diamanahkan menjalankan tugas di 9 Daerah dan 6 Institusi Kebajikan di Negeri Perak mengikut Zon.
Namun, mulai Mac 2006, 2 orang Kaunselor ( S41 ) telah ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti ( STB ) di Taiping, Taman Sri Puteri ( TSP ) Batu Gajah dan seorang Kaunselor ( S27 ) ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak ( RKK ) di Kuala Kangsar.

Objektif
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang-bidang Kaunseling secara cekap dan berkesan bagi mempertingkatkan profesionalisme pegawai serta kualiti perkhidmatan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Menentukan dan memastikan kumpulan sasar yang mengalami masalah psikologi dan tingkahlaku menjadi normal atau berfungsi dan dapat terus hidup dengan lebih bermakna, produktif dan sejahtera melalui perkhidmatan Kaunseling yang cekap, berkesan dan professional.
  • Memastikan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mencapai kesejahteraan psikologi yang optimum
Matlamat Kaunseling 
  • Mengajar Klien Untuk Bertanggungjawab Ke Atas Dirinya.
  • Memperbaiki Imej Diri Yang Negatif.
  • Mengajar Klien Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan.
  • Membantu Klien Menjadi Lebih Produktif.
  • Membantu Klien Mengurus Masalah Yang Belum Selesai Dalam Hidupnya.
Perkhidmatan Yang Diberikan
  1. Kaunseling Individu.
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Kaunseling Keluarga
  4. Kaunseling Kerjaya
  5. Kaunseling Perkahwinan
  6. Intervansi Krisis
  7. Bimbingan 
  8. Bengkel Interaktif       

Perkhidmatan Komuniti

OBJEKTIF

Perkhidmatan Perundingan dan Khidmat Masyarakat menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti dan pemulihan dalam komuniti melalui peningkatan penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, para sukarelawan dan komuniti tempatan melalui usaha Jabatan mewujudkan perkongsian bijak ke arah memenuhi agenda sosial negara di mana kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Di samping itu, bahagian ini mengendalikan urusan pemberian geran serta mengawal kutipan derma yang dikendalikan oleh NGO Kebajikan.

PERKHIDMATAN
  • 1 - Pembangunan Komuniti
      Projek Penyertaan Komuniti

      Projek diwujudkan pada tahun 1983 untuk memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif. Projek yang dilaksanakan merangkumi aktiviti ekonomi, latihan kemahiran, pendidikan sosial, pendidikan kerohanian dan khidmat masyarakat seperti :
       
      • Tenunan Songket
      • Kelas Jahitan
      • Kelas Bimbingan
      • Kelas Fardhu Ain
      • Taska
      • Kursus Keusahawanan
      • Kepimpinan
        Tujuan
       
      • Menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.
      • Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.
      • Memaksimakan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.
      • Program Briged Kebajikan Perdana
      • Pemulihan Dalam Komuniti
      • Rumah Kelompok
      • Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris
  • 2 - Pembangunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
      -
      Khidmat Nasihat
      -
      Bantuan Kewangan/geran
      -
      Kutipan Derma
      -
      Perkongsian Bijak
      - Penglibatan NGOs
      Penglibatan NGOs dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. Jabatan memberi geran tahunan dan sokongan serta khidmat nasihat Jawatankuasa Pentadbir pertubuhan dan ahli melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.
      -
      Rumah Perlindungan Sosial
  • 3 - Penggalakan penyertaan Korporat
      Objektif utama adalah untuk mengerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber pengurusan dan pengeluaran baik dari segi keperluan kewangan mahupun material, guna tenaga dan kepakaran sektor korporat.
      Menerusi kaedah ini ianya dapat merealisasikan konsep Perkongsian Bijak dalam kerja kebajikan dan memanfaatkan kumpulan sasar dengan lebih berkesan.
      Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-
      sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.
      perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program.

Perkhidmatan Keluarga

Mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994, ahli-ahli keluarga terutamanya suami atau isteri dilindungi dari segala bentuk keganasan. Jabatan bertanggungjawab mengendalikan kes keganasan rumahtangga dengan memberikan perkhidmatan.


KUMPULAN SASAR
  1. Ahli keluarga yang mengalami masalah iaitu:
  2. individu yang bermasalah
  3. suami-isteri yang menghadapi masalah kekeluargaan
  4. keluarga yang menghadapi permasalahan anak seperti displin, tingkahlaku  dan hubungan sesama insan.

PERKHIDMATAN
  1. Nasihat dan bimbingan / kaunseling
  2. Perlindungan

Akta Berkaitan:

Akta Keganasan Rumahtangga 1994
Erti Akta Keganasan Rumahtangga
  • Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal
  • Mencederakan secara fizikal
  • Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual atau selainnya
  • Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  • Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / perlindungan kegusaran

Perlindungan

Perintah Perlindungan Interim (IPO)
Perintah Perlindungan (PO)

Peranan JKM
  1. Dapatkan IPO / PO
  2. Khidmat kaunseling
  3. Penyediaan tempat
  4. Merujuk ke badan pendamai
  5. Merujuk ke badan agensi lain

Perkhidmatan Orang Papa

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi fokus kepada orang papa/pengemis yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan. Perkhidmatan yang diberi ialah perlindungan dan pemulihan di Desa Bina Diri, Mersing Johor.

Setiap pengemis yang dimasukkan ke Desa Bina Diri, Mersing, Johor adalah melalui perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977.


Akta Berkaitan:

Akta Orang Papa (Akta 183)

Institusi Berkaitan :

Desa Bina Diri (DBD)
: Iaitu sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang miskin/papa.

Perkhidmatan Warga Tua

Jabatan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan warga tua yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga. Penjagaan di Institusi Kebajikan juga disediakan bagi mereka yang memerlukan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

DEFINISI WARGA TUA

Individu yang berumur 60 tahun ke atas

Perkhidmatan Luar Institusi
Skim Bantuan Kebajikan

Perkhidmatan Institusi

Menyediakan Perkhidmatan perlindungan dan jagaan kepada warga tua secara berterusan.

Institusi Berkaitan :
  1. Rumah Seri Kenangan (RSK): Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan bagi warga tua.
  2. Desa Bina Diri (DBD): Iaitu sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang miskin/papa.
  3. Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris: Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan bagi warga tua islam yang tidak mempunyai waris
  4. Kompleks Penyayang Bakti.

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

DEFINISI

    Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.


KATEGORI ORANG KURANG UPAYA

Terdapat 6 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:


PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA

A.Perkhidmatan di Luar Institusi

Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.


Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Objektif Pendaftaran
  • Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.
  •  Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.
  • Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.

Syarat-syarat Pendaftaran

  • Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
  • Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan
  • Menggunakan borang yang betul
  • Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin
  • Memiliki nombor pendaftaran Orang Kurang Upaya


Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (Assisstive Devices)

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeli peralatan tiruan / sokongan seperti kerusi beroda, kelipar, anggota tiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lain peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya. Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. Keperluan pengguna alat atas pengesahan dan sokonagn Pegawai perubatan / Doktor
  3. Ketidakmampuannya membeli
  4. Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)

Geran Pelancaran

Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini sebab ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri.Had maksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00.

Kelayakan:
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. Orang Kurang Upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian.
  3. Orang Kurang Upaya mempunyai minat dalam keusahawanan.
  4. Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan.

Elaun Pekerja Cacat

Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas.
Sebagai elaun insentif / perangsang bagi menggalakkan seseorang kurang upaya berminat bekerja dan berdikari.

Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.

Kelayakan:
Pekerja orang kurang upaya termasuk yang berkerja secara sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak menerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya syarat berikut dipenuhi:-
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya;
  2. Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 750.00 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
  3. Berumur 16 tahun ke atas;
  4. Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri. 

B.Perkhidmatan Institusi

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi

Pusat ini ditubuhkan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan. Kemasukan adalah terhad kepada kategori kurang upaya yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
a) Kursus Vokasional
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota;
  2. Pemohon perlu memiliki kelulusan minimum Sijil Rendah Pelajaran / Peperiksaan Menengah Rendah atau memiliki kemahiran asas;
  3. Berumur 18 hingga 40 tahun;
  4. Boleh berlatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri; dan
  5. Tidak mempunyai rekod masalah disiplin / jenayah.
Latihan Kursus-kursus Yang Ditawarkan
a)Kursus Vokasional - Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK), Rekaan Fesyen dan Jahitan (MLVK), Elektrikal (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik dan Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda.

b)Kursus Pra-Vokasional
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota;
  2. Pemohon tidak memerlukan kelulusan akademik;
  3. Berumur 14 hingga 25 tahun;
  4. Boleh mengurus diri dan boleh mendapat manfaat dari latihan;
  5. Boleh membaca, menulisa dan mengira; dan
  6. Tidak mempunyai rekod masalah disiplin / jenayah.
Kursus Yang Ditawarkan     - Elektronik, Komputer, Lukisan dan Jahitan.

Taman Sinar Harapan (TSH)

Istitusi ini memberi pilihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:

Kelas akademik asas,
  1. Latihan pra-vokasional (jahitan, tukang kayu dan kraftangan), urusan rumah tangga, pertanian / berkebun bunga dan dobi.
  2. Latihan pemulihan seperti pemulihan hidup harian, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota dan terapi muzik.
  3. Pendidikan agama dan moral.
  4. Sukan dan rekreasi.
  5. Aktiviti luar (lawatan, berkelah,gotong-royong dsb).

Kelayakan :

Setiap institusi Taman Sinar Harapan boleh menerima masuk semua jenis kes orang kurang upaya masalah pembelajaran yang terdiri daripada jenis terencat akal, autisme dan down's syndrome tanpa mengambil kira klasifikasi umur, jantina (kecuali TSH Jubil dan TSH Tampoi) dan tahap kecacatan dari negeri-negeri yang berdekatan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat pilihan memasukkan anak mereka ke mana-mana institusi atau tidak mengikut zon yang ditetapkan atas alasan tertentu. Jabatan juga boleh menggunakan budibicara untuk menempatkan pelatih ke mana-mana Taman Sinar Harapan.


Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa / keluarga / penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja "cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. Selain itu, ibu bapa / keluarga/ penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

           
Penempatan Kerja

Jabatan juga berusaha mendapatkan orang kurang upaya berkerja di Bengkel Terlindung (sheltered workshop) seperti Bengkel Daya Klang, Selangor Bengkel dan Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Objektif penubuhan Bengkel Terlindung ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka dan pada masa yang sama melatih mereka berdikari supaya OKU juga mampu diintegrasikan ke dalam masyarakat.

Syarat-syarat Kemasukan:
  1. OKU anggota / akal yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.
  2. Telah mendapat latihan dari Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Setempat.
  3. Sihat tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri.
  4. Berusia 18 hingga 45 tahun.
  5. Terlatih dalam bidang-bidang yang dipohon.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bengkel Daya seperti:
  1. Khidmat jahitan
  2. Khidmat percetakan
  3. Perkhidmatan Am (unit ini menjalankan kerja-kerja ringan sub-kontrak dari kilang-kilang yang berhampiran, contohnya pemasangan komponen produk-produk yang berasaskan plastik, getah, aloi dan sebagainya).
  4. Khidmat kraftangan dan lain-lain

Perkhidmatan Kanak-Kanak

 Kanak-kanak dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.
   Bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi kanak-kanak. 

DEFINISI
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
KUMPULAN SASAR

Kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan / bantuan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam keluarga sendiri atau keluarga ganti.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pemeliharaan dan perlindungan
Kes penderaan kanak-kanak
Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
Pusat Aktiviti 
Permohonan anak angkat/anak pelihara
Bantuan anak pelihara
Bantuan Kanak – Kanak
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Kebangsaan
Perlindungan Eksploitasi dan Pengemisan
Perlindungan dan pemulihan
Program pemulihan akhlak / kaunseling
Pengendalian kes kanak-kanak yang terlibat dengan masalah akhlak dan jenayah
Pengendalian kes kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral dan mangsa pelacuran
Membuat seliaan  akhlak, dan jagaan lanjutan
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD)

Akta Berkaitan

Akta di bawah pentadbiran JKM






Akta yang berkaitan dengan bidang kuasa JKM

 
-Akta Pengangkatan 1952 (Akta 25

Carta Organisasi PKMD Hulu Perak






















MUKADIMAH

 MUKADIMAH

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bagi individu, kelompok dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah sosial dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan faktor utama menjadi pegangan setiap lapisan pekerja, sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang berhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.
Justeru itu setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran kerja yang unggul serta bersikap positif terhadap tugas dan kewajipannya.
Kod Etika ini adalah piawaian yang harus diamalkan untuk menjamin perkhidmatan kemasyarakatan yang berkesandan berkualiti serta disampaikan oleh pekerja yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap kewajipannya.

IKRAR

"Bahawa kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan sesunggguhnya berikrar bahawa kami akan berkhidmat dengan cekap, jujur dan amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dengan penuh taat setia kepada organisasi kemi berlandaskan budaya kerja cemerlang"


KOD ETIKA
  1. Semua pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat mengamalkan etika berikut;
  2. Menghormati Pelanggan Jabatan sebagai seorang manusia tanpa mengira kedudukan, keturunan dan agama.
  3. Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua Pelanggan Jabatan.
  4. Mengutamakan kepentingan Pelanggan Jabatan dalam usaha mencapai objektif Jabatan.
  5. Menentukan kerahsiaan Pelanggan Jabatan agar tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan.
  6. Sentiasa sedar tentang hak mutlak Pelanggan Jabatan dalam menentukan keperluannya.
  7. Tidak boleh menggunakan kekerasan atau keganasan dalam apa bentuk atau situasi sekalipun terhadap pelanggan.
  8. Bersopan santun dan berbudi bahasa setiap masa terhadap Pelanggan Jabatan.
  9. Patuh kepada arahan dan melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
  10. Menghormati nilai dan sikap, pengetahuan dan kemahiran rakan sekerja menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan peribadi orang lain.
  11. Harus sentiasa membantu dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk kepentingan Pelanggan Jabatan dan perkhidmatan.
STRATEGI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
  3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
  5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
  6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.

Misi,Visi & Objektif

   MOTO   
Berkat Berjasa


   VISI   

Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang



   MISI   

Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial



   OBJEKTIF   


Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM KEBAJIKAN                   

 Selamat datang ke Laman Web Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak

Saya dan seluruh warga kerja PKMD Hulu Perak melahirkan rasa syukur kerana laman web ini dapat juga dibangunkan dengan jayanya.  Kejayaan ini selaras dengan matlamat PKMD Hulu Perak yang ingin dicapai melalui penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas dan maju di era ini.

Maka dengan tujuan itulah, laman web ini diwujudkan agar ramai boleh berkomunikasi secara mudah, pantas dan tepat serta mendapat perkhidmatan yang lebih efektif daripada PKMD Hulu Perak. Dengan ini diharap juga orang ramai akan mengenali PKMD Hulu Perak dengan lebih dekat dan mesra.

Semoga segala maklumat dan ilmu yang kami sebarkan akan memberi manfaat kepada semua golongan seterusnya diaplikasikan secara bijaksana khususnya oleh pelanggan-pelanggan kami.

Sehubungan itu, orang ramai juga boleh berkongsi pandangan, teguran serta memberi maklumbalas mahupun sebarang pertanyaan melalui e-mel bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan daripada kami dan membantu merealisasikan harapan anda.

Dengan ini, saya bagi pihak PKMD Hulu Perak mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi laman web kami.  Segala kekurangan amatlah dikesali.

“BERKAT BERJASA”

Sekian.

KAMIZAR A/P BAH KAJANG
Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah Hulu Perak